Thursday, 7 March 2013

LAMAN SOSIAL : PENULIS KOMEN DI MALAYSIAKINI SEMAKIN BIADAP

Penulis komen di ruangan laman sosial terutama di ruangan Malaysiakini semakin melampau dengan mengeluarkan komen yang biadap dan tiada berasas. Kerajaan sepatutnya memberi atau mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka-mereka ini yang bukan sahaja berani mencerca pemimpin tertinggi malah turut berani mencerca institusi raja. Disini disiarkan antara komen-komen sempat disiarkan untuk tatapan pembaca:-

Ahmad Zakaria Dah terang lagi bersuluh......konspirasi hinga sangup pertaruhkan nyawa angota keselamat untuk pertahankan kuasa?. Memang bukan manusia le kamu yg merancang konsprasi saitan...lingkup le kau umngok





Ahmadhusin Ridhuan Ako sokong kalo pihak waris kesultanan sulu nak cease fire dan nak berunding...yg peliknya si jendul najib otak sempit, semata2 nak elakkan Sabah jatuh pada pakatan pada pru 13 masih nak teruskan propaganda perang, mintak org lain letak senjata tapi dia sendiri dh jual dan khianat institusi negara dgn mengumpan org lain jadi mangsa, umpan nak beri tanah, ic status warganegara. Senjata api pada militia Sulu sapa yg bagi?
( mengunakan gambar bunga sebagai samaran)
 
Suzana Munawarrah nak rawat apa....ketua hang sendiri najib perasuah besaq...
 
Suzana Munawarrah dah setteled selamat baru nak p tenguk...masa berjuang dok bawah ketiak rosmoh.
 
Sebenarnya banyak lagi komen-komen yang biadap yang sarat dengan maki hamun yang disiarkan di ruangan Malaysiakini yang tidak dapat sempat dipaparkan disini.Apapun ianya perlu diambil tindakan yang sewajarnnya oleh pihak yang berwajib agar perkara ini tidak semakin berluasa.Hukuman dan denda perlu dikenakan agar mereka tidak semakin biadap dengan kata-kata kurang ajar yang boleh mencemarkan imej pemimpin negara kita Malaysia.   
 

Sunday, 3 March 2013

LAMBAKAN PATI: IMIGRESEN KITA LEMBAB?

Lambakan warga asing di negara kita kini dah menjadi kudis pekung dan bernanah. Apakah tindakan pihak yang berwajib dalam mengatasi masalah ini  Perkara ini kalau ianya berterusan tanpa tindakan tegas akan mengugat keselamatan negara sepertimana yang kini berlaku di Sabah. Mereka ini rerlalu bebas masuk kenegara kita dengan menggunakan Pas Lawatan dan Pas Pelajar, sebab dengan adanya pas tersebut mereka bebas menetap disini.

Pihak Imigresen negara kita perlu bertindak segera jangan hanya menunggu aduan baru hendak buat Operasi, kalau tiada aduan lepak didalam pejabat dan hanya mengharap Pasukan Rela membuat tangkapan dan kawalan.
Saya teringat seorang rakan berkongsi cerita semasa beliau membuat kunjungan kesebuah negara jiran, apabila pas lawatan hampir tamat tempoh beliau telah  didatanagi pihak imigresen negara tersebut dan diberi pilihan samada membuat  renew  pas tersebut atau keluar dari negara mereka atau ditangkap sebagai PATI. Adakah Imigresen negara kita bertindak sebegitu, rasanya kalau mereka bertindak sebegitu tidak akan ada lambakan warga asing yang salah guna pas dan pas lawatan telah tamat tempoh. Tepok dada tanya selera. 

Warga asing yang datang kesini sering membuat kekacauan dan melibatkan diri dengan pelbagai kes jenayah dan penipuan. Pasukan keselamatan perlu memperhebatkan lagi kawalan dan Imigersen Malaysia jangan lembik lagi, sentiasa bertindak setiap masa kepada pelancung yang menginap masuk ke Malaysia yang menyalahguna pas lawatan.  

Thursday, 28 February 2013

RUNTUH : GILIRAN JAMBATAN CYBERJAYA PULA RUNTUH

KUALA LUMPUR: Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra runtuh kira-kira jam 2.30 petang tadi, bagaimanapun tiada laporan kematian dan kecederaan diterima susulan kejadian itu.
Polis Dengkil dalam satu kenyataan berkata, jambatan terbabit yang ditutup kepada pengguna sejak sebulan lalu terletak bersempadan Cyberjaya dan Putra Perdana. Ia berlaku munkin disebabkan pertarungan Ultraman melawan raksaksa Zeus yang mana gambarnya sempat dirakam pada petang tadi.


Tempohari Stadium bumbung stadium di T'ganu buat runtuh kali kedua. Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.
Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

Apakah kontraktor yang dilantik kelayakannya hanya diatas kertas sahaja namun dari segi kualiti hancur....

Monday, 25 February 2013

Sumpah PI Bala: ADAKAH TOHMAHAN MENJELANG PILIHANRAYA ...


“Saya mengaku dengan kitab suci ini bahawa SD pertama adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar. Saya meminta maaf kepada anda semua bahawa SD kedua adalah tidak benar," kata PI Bala.
Balasubramaniam ketika tiba di KLIA petang ini menyatakan sumpah tersebut sambil memegang satu kitab Hindu Bhagavad Gita .
SD pertamanya mengandungi butiran mengenai interaksinya dengan beberapa personaliti menjelang hari kematian Altantuya.

Antaranya, beliau mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya.

Sehari selepas itu, beliau bagaimanapun menarik balik SD tersebut dan mendakwa beliau membuat pengakuan berkanun pertama itu dalam keadaan dures. Dalam perkara ini Dato' Sri Najib perlu menangkis segala tohmahan yang dilemparkan kepada beliau kerana jika dibiarkan berterusan ia akan menjejaskan kredebiliti beliau sebagai Pemimpin dan Perdana Menteri yang disegani-
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tempohari menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International untuk mempertahankan integriti dan menyatakan komitmen beliau kepada agenda negara untuk membanteras rasuah khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Saturday, 23 February 2013

JOHOR DARUL TAKZIM FC : JENTERA SERANGAN TUMPUL

BARISAN pemain  Johor Darul Takzim (Johor DT) walaupun berstatus bintang tapi masih belum lagi menyinar. Dalam perkembangan terbaharu mereka sekadar seri 2-2 dengan Lions ditempat sendiri dan terbaharu  juga sekadar seri 0-0 dengan Felda United.
Kelibat mereka dan prestasi mereka menjadi tanda tanya dan  berada pada tahap yang meragukan, tidak setanding dengan reputasi selaku pemain bertaraf bintang dan mendapat jolokan Harimau Selatan tapi masih belum lagi menemui rentak yang diharapkan.

Senario tersebut memang mengundang resah dan sesuatu tindakan perlu diambil oleh ketua jurulatih Johor DT, Fandi Ahmad dalam mengadun serta mencorakkan jentera yang lebih berkesan.Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan Mohd. Safee Sali kalau nak dibandingkan dengan prestasi Simone Del Nero dari Itali. Perstasi pertahanan sebelah kanan Tuah juga kerap bocor apabila menerima asakan dan perlu diperbaiki dengan pemain yang lebih baik. Apapun tahniah kepada TMJ yang berjaya menaikan semangat sukan bolasepak Negeri Johor dengan menarik peminat bolasepak memenuhi stadium.

Friday, 22 February 2013

Fizz Fairuz : Mangsa Cinta Terlarang


Suami kepada bekas tunang pelakon Fizz Fairuz yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli meminta agar semua pihak jangan membuat sebarang spekulasi dan menyalahkan Fizz kerana dia adalah mangsa.
"Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang sakit selepas lapan bulan hilang ingatan," katanya kepada Harian Metro.
Ramli yang berusia dalam lingkungan 40-an memberitahu punca isteri keduanya bertindak demikian adalah kerana sunyi berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka berkahwin di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
"Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarga isteri kedua."
"Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekaligus memburukkan namanya," jelas Ramli.
Tambahnya lagi, walaupun dia hanya berjumpa beberapa kali sahaja sebulan, namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah, menyediakan pakaian, rumah dan kenderaan.
Sementara itu, Ramli berkata, dia tidak menyalahkan Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka dia telah ditipu.
"Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditupu kononnya isteri saya masih belum berkahwin sehingglah majlis pertunangan diatur."
Pada masa sama, Ramli memberitahu bahawa wanita itu kini masih isterinya yang sah walaupun
tidak didaftarkan
Bagaimana dengan ALMY NADIA - adakah sedia terima Fizz semula .... nasib kau lah Fizz...

RETAK : Sharnaaz & Shila Amzah


“Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda juga”
“Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua

 Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita,” ujar Sharnaaz Ahmad kepada Murai hari ini.
Sharnaaz Ahmad turut berkata yang beliau tidak putus asa untuk mengahwini Shila Amzah kerana isu ini
PADA PENDAPAT SAYA  ND LALA BERHAK MENENTUKAN SIAPA CALON YANG LAYAK UNTUK MENJADI MENANTUNYA....
SEBAB BELUM PUN KAHWIN Sharnaaz Ahmad  sudah tidak menghormati ND Lala sebagai bakal bapa mentua - ini dapat dilihat dari kenyataannya di Galaksi NTV9

semoga Shila Amzah dapat mencari calon suami yang lebih bersopan santun - Amin...