Friday, 22 February 2013
FAM : LEPAS NI GILIRAN TM JOHOR PULA....
FAM akan menyiasat kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tentang mutu pengadilan Liga Malaysia.
Menurut laporan akhbar Kosmo!, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin memberitahu, FAM akan mengkaji semula kenyataan Tunku Ismail kepada pihak media sebelum tindakan susulan diambil.
"Seperti biasa, mengenai kenyataan Tunku Ismail yang mengkritik mutu pengadilan Liga M, perkara itu akan dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM.
"Tunku Ismail tetap akan disiasat sebagaimana prosedur biasa dijalankan dalam kes tata- tertib seperti itu. -
Ini lah sahaja tugas FAM dalam meningkatkan mutu BOLASEPAK NEGARA . Tahniah kepada pengurusan FAM . Mutu bolasepak Malaysia tetap tak kemana.
Sebenarnya saya amat menyokong TMJ yang mana dengan penglibatan TMJ penonton telah mula membanjiri semula Stadium Larkin yang telah sekian lama sunyi sepi .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment