Friday, 22 February 2013

Fizz Fairuz : Mangsa Cinta Terlarang


Suami kepada bekas tunang pelakon Fizz Fairuz yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli meminta agar semua pihak jangan membuat sebarang spekulasi dan menyalahkan Fizz kerana dia adalah mangsa.
"Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang sakit selepas lapan bulan hilang ingatan," katanya kepada Harian Metro.
Ramli yang berusia dalam lingkungan 40-an memberitahu punca isteri keduanya bertindak demikian adalah kerana sunyi berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka berkahwin di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
"Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarga isteri kedua."
"Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekaligus memburukkan namanya," jelas Ramli.
Tambahnya lagi, walaupun dia hanya berjumpa beberapa kali sahaja sebulan, namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah, menyediakan pakaian, rumah dan kenderaan.
Sementara itu, Ramli berkata, dia tidak menyalahkan Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka dia telah ditipu.
"Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditupu kononnya isteri saya masih belum berkahwin sehingglah majlis pertunangan diatur."
Pada masa sama, Ramli memberitahu bahawa wanita itu kini masih isterinya yang sah walaupun
tidak didaftarkan
Bagaimana dengan ALMY NADIA - adakah sedia terima Fizz semula .... nasib kau lah Fizz...

No comments:

Post a Comment