Thursday, 21 February 2013

DIGANTUNG FAM DAN DENDA

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim dikenakan penggantungan selama dua tahun setengah dan didenda RM39,000 kerana bersalah melanggar artikel 88 FAM.
Yang lalu Datuk Seri Anuar Musa turut menjadi mangsa kerana mengkritik FAM. Kedua-dua pemimpin ini adalah antara orang yang sentiasa berusaha menaikan mutu bolasepak negara .
Agaknya AJK FAM ni dah  tak ada kerja lain ke....? Siapa pula yang nak jatuhkan hukuman kepada AJK FAM kerana gagal menaikan mutu bolasepak negara yang kini  semakin menjunam kedudukannya di persada antarabangsa.
Harimau Malaya baru jadi Juara peringkat ASEAN dah mendabik dada sedang dari segi permainan paukan Harimau Malaya hanya menang nasib jer. Pengurus nya Datuk Seri Subahan Kamal kata Datok K Rajagopal tidak Gagal kerana Vietnam dan Myamar lebih Gagal dari kita kalau dinilai dari kedudukan pentas antarabangsa. (Eeh gitu pulak jawapannya patutlah kita Gagal pergi lebih jauh FAM tiada wawasan)

Pasukan bimbingan K Rajagopal setelah menang Piala AFF  beliau Gagal peringkat awal kelayakan Piala Dunia hanya kepada Singapura (keputusan yang memalukan). Gagal lagi dalam pertahankan Piala Suzuki Separuh Akhir juga Gagal lagi kepada Singapura peringkat kumpulan. Dalam pusingan pertama beliau juga Gagal lagi dalam pertembungan dengan Qatar Piala Asia. FAM tetap tetap mengatakan mereka Gagal bermaruah. 
DAH LAMA DAH TUNGGU .... CARILAH PEMIMPIN YANG LEBIH BERWAWASAN DAN KREATIF .
AKAN MAJUKAH SUKAN BOLASEPAK NEGARA DI BAWAH PENTADBIRAN FAM YANG SEDIA ADA?

2 comments:

  1. tak bole dikritik sebab tu la pencapaian tak tinggi mana ... dah sepatutnya berubah

    ReplyDelete